Thursday, 8 December 2011

~TIPS MANDIKAN HAIWAN PELIHARAAN~

 Mandi Waktu Panas / Cuaca Terik
  • Macam manusia, haiwan juga suka mandi waktu cuaca panas seperti waktu tengah hari untuk sejukkan badan.
  • Elakkan mandi waktu hujan, awal pagi, mendung – susah dan lambat nak keringkan bulu (bulu basah banyak serap haba dari badan)

Guna Air Suam/Panas
  • Tujuan - Untuk mengelakkan sistem saraf haiwan dari terkejut (ada kes bagi haiwan mandi air sejuk. Terus kejang dan rosak saraf sebab badan tak dapat ‘adapt’ dengan suhu sejuk tiba-tiba)
  • Ada sesetengah haiwan suka dimandikan dengan air panas. (yayau dulu mesti sibuk ikut masuk toilet sekali sebab suka mandi air panas, stokin pulak tunggu kat luar toilet ikut giliran..haha)
  • Mulakan menyiram dari kaki baru naik ke kepala. Biar si manja main-main air dulu baru kita mandikan dia betul-betul. 
  • Jangan siram air terus/'direct' ke muka. Lemas pulak kawan tu nanti. Satu hal nak menyelamat nanti.
               
Elakkan Air Masuk Ke Dalam Telinga
  • Telinga yang lembab merupakan tempat kegemaran bagi bacteria dan parasit membiak.
  • Pastikan kurang/tiada air masuk ke dalam telinga. Gunakan cotton bud atau hair dryer (jarak jauh) untuk keringkan bahagian dalam telinga.
  • Jangan korek telinga terlalu dalam. Cukup dengan luaran sahaja. Ditakuti akan mencederakan telinga haiwan nanti.


Gunakan Syampu / Sabun Yang Tak Terlalu Kuat Baunya Dan Juga Tak Pedihkan Mata
  • Pilih syampu yang mempunyai bau tak terlalu kuat sebabnya hidung haiwan lebih sensitive dari hidung manusia. Kalau baunya kuat pada hidung kita, pada haiwan lagilah kuat.
  • Syampu yang baik adalah syampu yang tak pedihkan mata sebab kandungan kimianya kurang. Nak pakai syampu Johnson & Johnson baby pun boleh tak ada masalah. Jangan pulak sebab nak berjimat, guna syampu kita macam pantene, rejoice, head n shoulder. rosak pulak bulu si manja dan takut dia dapat alergi atau masalah kulit.


Guna Syampu Yang Sesuai Dengan Jenis Kulit Haiwan
  • Kenal pasti masalah kulit haiwan peliharaan anda sebelum membeli syampu. Takut nanti ada yang dapat alergi.
  • Syampu juga ada ‘range’ sendiri. Contohnya, jangan guna syampu anjing pada kucing (ada syampu yang boleh digunakan untuk kedua-duanya - tiada masalah). Ini kerana struktur kulit setiap spesis haiwan adalah berbeza.
  • Gunakan syampu yang mempunyai sulfur untuk haiwan yang mepunyai masalah kulit dan kegatalan. Sulfur boleh membantu mengurangkan gatal dan kurap.


Keringkan Haiwan Secepat Mungkin
  • Gunakan tuala yang kering dan bersih untuk mengeringkan bulu haiwan selepas mandi.
  • Keringkan haiwan secepat mungkin untuk mengelakkan haiwan kehilangan haba melalui bulu basah.
  • Gunakan hair dryer pada jarak yang jauh dan suhu minimum. Masak pulak daging haiwan kesayangan anda nanti. Takut ‘over heat’ - boleh mati. Lebih-lebih lagi haiwan kecil seperti hamster, anak kucing etc.
  • Dedahkan haiwan pada cahaya matahari untuk pengeringan semulajadi. Kalau haiwan duduk dalam sangkar, pastikan ada sedikit kawasan redup. Kalau kita terlupa, dia masih boleh berteduh dari panas (pastikan air ada dibekalkan untuk elak dehidrasi).

Beri Hadiah Setiap Kali Lepas Mandi
  • Sebagai galakan macam bagi gula-gula kat budak-budak (macam rasuah)
  • Lama kelamaan setiap kali masa mandi, haiwan akan jadi lebih jinak dan mudah diuruskan sebab tahu akan dapat reward (boleh diguna pakai untuk bagi ubat,potong kuku dan lain-lain)
  • Hadiah boleh diberi dengan memberi makanan dalam tin, ‘treats’, makanan kesukaan si manja dan lain-lain yang boleh menarik perhatian si manja. 


~yayau n stokin dulu suka mandi. klu 2 minggu xmndi sebuk ikut pg bilik air~

    0 comments:

    Post a Comment