Sakit mata selalunya menyerang anak-anak kecil kerana sistem ketahanan badan mereka masih lagi lemah tidak seperti haiwan dewasa.
Kita boleh lihat mata haiwan kesayangan kita mula berair, nampak merah, kelopak mata ketiga (kucing dan anjing selalunya) mula menutupi mata dan ada cairan kuning/hijau mula terbentuk sekitar mata yang mana bila kering menyukarkan haiwan membuka matanya terutama waktu pagi selepas bangun.
Sekiranya masalah ini tidak dirawat, ia boleh merebak pada haiwan lain yang masih sihat sama seperti sakit mata pada manusia.
Apa yang perlu adalah air suam, kain kering dan bersih ataupun kapas dan juga ubat mata. Ubat mata boleh didapati di farmasi manusia. Pastikan anda membeli ubat mata yang mempunyai antibiotic di dalamnya seperti xepanicol, nicol eye drop dan lain-lain. Ubat ini perlu diminta pada ahli farmasi kerana ianya tidak terdapat pada rak jualan.
Cara rawatan senang sahaja. Jangan risau. Apa yang perlu dilakukan adalah
- Bersihkan mata yang sihat terlebih dahulu dengan air suam dan juga kapas bersih. Buang kapas yang telah digunakan. Ini untuk mengelakkan mata sihat dijangkiti oleh mata yang sakit melalui air mata.
- Ulang langkah ini 2 atau 3 kali menggunakan kapas baru.
- Kemudian, bersihkan mata yang sakit sama seperti yang dilakukan pada mata yang sihat tadi. Ulang langkah 2 atau 3 kali.
- Titiskan ubat mata setitik pada setiap mata.
- Sapukan sedikit minyak baby oil ataupun minyak gamat pada mata haiwan untuk mengelakkan matanya kering dan pedih. Selalunya selepas kita mencuci mata, kawasan sekitar mata akan menjadi kering sedikit.
- Ulang proses pembersihan ini 2 kali sehari selama 5 hari atau hingga sembuh.
Insya ALLAH dalam masa 4 hingga 5 hari kita akan nampak perbezaan pada mata haiwan kita. Boleh juga gunakan ubatan atau pembersih mata yang dijual di kedai haiwan peliharaan kerana ia mempunyai antiseptic untuk membunuh kuman/bacteria penyebab sakit mata ini.
Jangan risau, cara rawatan ini boleh diguna pakai untuk semua jenis haiwan tak kiralah anjing, kucing, arnab, guinea pig dan sebagainya.
0 comments:
Post a Comment