Jangan risau untuk mandulkan si manja anda sekiranya ia bertujuan untuk kebaikan. mandulkan si manja tidak bermaksud kita kejam atau zalim tapi untuk melindungi si manja samada dari segi kebajikan mahupun kesihatan mereka sendiri. dari biarkan mereka beranak pinak kemudian terbiar, tak terjaga dan dibuang merata-rata adalah lebih elok kita mandulkan sahaja si manja dari menyeksa mereka. betul tak? apapun semua tu bergantung kepada niat.
keburukan memandulkan si manja anda boleh dikatakan tidak akan mendatangkan masalah di kemudian hari melainkan anda memang inginkan si manja beranak pinak. dan jangan risau. dan banyak kes, si manja anda masih lagi sama dengan si manja anda yang dulu sebelum dimandulkan.
tapi kalau dah dimandulkan memang tiada 'turning back'. fikir masak2 baru decide. masih ada cara lain kalau kita nak elakkan si manja kita dari beranak pinak. yang jantan kurang pasti. tapi kalau betina boleh juga bagi makan pil ataupun suntikan untuk tahan ovulasi (pengeluaran telur dalam rahim). tapi kena bagi berjadual. 3 hingga 6 bulan sekali bergantung kepada ubat yang digunakan.

Kebaikan | Keburukan |
Si manja tidak lagi banyak merayau keluar rumah | Si manja menjadi lebih pasif (bergantung pada si manja sendiri) |
Si manja tidak lagi mempunyai perasaan ingin mengawan dan lebih bersih – kurang bising, tidak menanda kawasan (kencing merata) | Si manja menjadi lebih gemuk - kurang bergerak dan makan banyak (perlu pantau pemakanan dan galakkan bermain) |
Mengurangkan risiko mendapat penyakit dan masalah kesihatan – jangkitan rahim, kalenjar mamari (susu), kanser ovary, kanser prostat | Hilang sifat kejantanan / kebetinaan – organ pembiakkan tidak lagi mengeluarkan hormon |
Kurang agresif dan bergaduh dengan haiwan lain | |
Boleh memanjangkan tempoh hayat si manja | |
Tiada potensi melahirkan anak |
Tempoh sesuai memandulkan haiwan kesayangan anda
Kucing = 5 bulan ke atas (seeloknya sebelum datang biang(keinginan mengawan) yang pertama)
Anjing = 5 bulan bagi betina dan 8 bulan bagi jantan
0 comments:
Post a Comment