Tuesday, 18 September 2012

~lama menghilang~

lamanya menghilang tanpa khabar~bukan apa, susah nak cari masa untuk update blog.. tambahan pulak anak da dua...masing2 nakkan perhatian....
buat masa ni tak update info baru. but going to write more tips dalam masa terdekat ni. insya ALLAH ;p

 

Friday, 9 December 2011

~KEBAIKAN & KEBURUKAN MANDULKAN SI MANJA~

Jangan risau untuk mandulkan si manja anda sekiranya ia bertujuan untuk kebaikan. mandulkan si manja tidak bermaksud kita kejam atau zalim tapi untuk melindungi si manja samada dari segi kebajikan mahupun kesihatan mereka sendiri. dari biarkan mereka beranak pinak kemudian terbiar, tak terjaga dan dibuang merata-rata adalah lebih elok kita mandulkan sahaja si manja dari menyeksa mereka. betul tak? apapun semua tu bergantung kepada niat.

keburukan memandulkan si manja anda boleh dikatakan tidak akan mendatangkan masalah di kemudian hari melainkan anda memang inginkan si manja beranak pinak. dan jangan risau. dan banyak kes, si manja anda masih lagi sama dengan si manja anda yang dulu sebelum dimandulkan. 


tapi kalau dah dimandulkan memang tiada 'turning back'. fikir masak2 baru decide. masih ada cara lain kalau kita nak elakkan si manja kita dari beranak pinak. yang jantan kurang pasti. tapi kalau betina boleh juga bagi makan pil ataupun suntikan untuk tahan ovulasi (pengeluaran telur dalam rahim). tapi kena bagi berjadual. 3 hingga 6 bulan sekali bergantung kepada ubat yang digunakan.


Kebaikan
Keburukan
Si manja tidak lagi banyak merayau keluar rumah
Si manja menjadi lebih pasif (bergantung pada si manja sendiri)
Si manja tidak lagi mempunyai perasaan ingin mengawan dan lebih bersih – kurang bising, tidak menanda kawasan (kencing merata)
Si manja menjadi lebih gemuk - kurang bergerak dan makan banyak (perlu pantau pemakanan dan galakkan bermain)
Mengurangkan risiko mendapat penyakit dan masalah kesihatan – jangkitan rahim, kalenjar mamari (susu), kanser ovary, kanser prostat
Hilang sifat kejantanan / kebetinaan – organ pembiakkan tidak lagi mengeluarkan hormon
Kurang agresif dan bergaduh dengan haiwan lain

Boleh memanjangkan tempoh hayat si manja

Tiada potensi melahirkan anak



Tempoh sesuai memandulkan haiwan kesayangan anda

Kucing = 5 bulan ke atas (seeloknya sebelum datang biang(keinginan mengawan) yang pertama)
Anjing = 5 bulan bagi betina dan 8 bulan bagi jantan

*Arnab pun boleh. Arnab boleh mengawan seawal usia 3 bulan.

 

Thursday, 8 December 2011

~TIPS MANDIKAN HAIWAN PELIHARAAN~

 Mandi Waktu Panas / Cuaca Terik
  • Macam manusia, haiwan juga suka mandi waktu cuaca panas seperti waktu tengah hari untuk sejukkan badan.
  • Elakkan mandi waktu hujan, awal pagi, mendung – susah dan lambat nak keringkan bulu (bulu basah banyak serap haba dari badan)

Guna Air Suam/Panas
  • Tujuan - Untuk mengelakkan sistem saraf haiwan dari terkejut (ada kes bagi haiwan mandi air sejuk. Terus kejang dan rosak saraf sebab badan tak dapat ‘adapt’ dengan suhu sejuk tiba-tiba)
  • Ada sesetengah haiwan suka dimandikan dengan air panas. (yayau dulu mesti sibuk ikut masuk toilet sekali sebab suka mandi air panas, stokin pulak tunggu kat luar toilet ikut giliran..haha)
  • Mulakan menyiram dari kaki baru naik ke kepala. Biar si manja main-main air dulu baru kita mandikan dia betul-betul. 
  • Jangan siram air terus/'direct' ke muka. Lemas pulak kawan tu nanti. Satu hal nak menyelamat nanti.
               
Elakkan Air Masuk Ke Dalam Telinga
  • Telinga yang lembab merupakan tempat kegemaran bagi bacteria dan parasit membiak.
  • Pastikan kurang/tiada air masuk ke dalam telinga. Gunakan cotton bud atau hair dryer (jarak jauh) untuk keringkan bahagian dalam telinga.
  • Jangan korek telinga terlalu dalam. Cukup dengan luaran sahaja. Ditakuti akan mencederakan telinga haiwan nanti.


Gunakan Syampu / Sabun Yang Tak Terlalu Kuat Baunya Dan Juga Tak Pedihkan Mata
  • Pilih syampu yang mempunyai bau tak terlalu kuat sebabnya hidung haiwan lebih sensitive dari hidung manusia. Kalau baunya kuat pada hidung kita, pada haiwan lagilah kuat.
  • Syampu yang baik adalah syampu yang tak pedihkan mata sebab kandungan kimianya kurang. Nak pakai syampu Johnson & Johnson baby pun boleh tak ada masalah. Jangan pulak sebab nak berjimat, guna syampu kita macam pantene, rejoice, head n shoulder. rosak pulak bulu si manja dan takut dia dapat alergi atau masalah kulit.


Guna Syampu Yang Sesuai Dengan Jenis Kulit Haiwan
  • Kenal pasti masalah kulit haiwan peliharaan anda sebelum membeli syampu. Takut nanti ada yang dapat alergi.
  • Syampu juga ada ‘range’ sendiri. Contohnya, jangan guna syampu anjing pada kucing (ada syampu yang boleh digunakan untuk kedua-duanya - tiada masalah). Ini kerana struktur kulit setiap spesis haiwan adalah berbeza.
  • Gunakan syampu yang mempunyai sulfur untuk haiwan yang mepunyai masalah kulit dan kegatalan. Sulfur boleh membantu mengurangkan gatal dan kurap.


Keringkan Haiwan Secepat Mungkin
  • Gunakan tuala yang kering dan bersih untuk mengeringkan bulu haiwan selepas mandi.
  • Keringkan haiwan secepat mungkin untuk mengelakkan haiwan kehilangan haba melalui bulu basah.
  • Gunakan hair dryer pada jarak yang jauh dan suhu minimum. Masak pulak daging haiwan kesayangan anda nanti. Takut ‘over heat’ - boleh mati. Lebih-lebih lagi haiwan kecil seperti hamster, anak kucing etc.
  • Dedahkan haiwan pada cahaya matahari untuk pengeringan semulajadi. Kalau haiwan duduk dalam sangkar, pastikan ada sedikit kawasan redup. Kalau kita terlupa, dia masih boleh berteduh dari panas (pastikan air ada dibekalkan untuk elak dehidrasi).

Beri Hadiah Setiap Kali Lepas Mandi
  • Sebagai galakan macam bagi gula-gula kat budak-budak (macam rasuah)
  • Lama kelamaan setiap kali masa mandi, haiwan akan jadi lebih jinak dan mudah diuruskan sebab tahu akan dapat reward (boleh diguna pakai untuk bagi ubat,potong kuku dan lain-lain)
  • Hadiah boleh diberi dengan memberi makanan dalam tin, ‘treats’, makanan kesukaan si manja dan lain-lain yang boleh menarik perhatian si manja. 


~yayau n stokin dulu suka mandi. klu 2 minggu xmndi sebuk ikut pg bilik air~

    Wednesday, 7 December 2011

    ~MERAWAT SAKIT MATA~

    Sakit mata selalunya menyerang anak-anak kecil kerana sistem ketahanan badan mereka masih lagi lemah tidak seperti haiwan dewasa. 

    Kita boleh lihat mata haiwan kesayangan kita mula berair, nampak merah, kelopak mata ketiga (kucing dan anjing selalunya) mula menutupi mata dan ada cairan kuning/hijau mula terbentuk sekitar mata yang mana bila kering menyukarkan haiwan membuka matanya terutama waktu pagi selepas bangun.

    Sekiranya masalah ini tidak dirawat, ia boleh merebak pada haiwan lain yang masih sihat sama seperti sakit mata pada manusia. 

    Apa yang perlu adalah air suam, kain kering dan bersih ataupun kapas dan juga ubat mata.  Ubat mata boleh didapati di farmasi manusia. Pastikan anda membeli ubat mata yang mempunyai antibiotic di dalamnya seperti xepanicol, nicol eye drop dan lain-lain. Ubat ini perlu diminta pada ahli farmasi kerana ianya tidak terdapat pada rak jualan. 

    Cara rawatan senang sahaja. Jangan risau. Apa yang perlu dilakukan adalah
    • Bersihkan mata yang sihat terlebih dahulu dengan air suam dan juga kapas bersih. Buang kapas yang telah digunakan. Ini untuk mengelakkan mata sihat dijangkiti oleh mata yang sakit melalui air mata. 
    • Ulang langkah ini 2 atau 3 kali menggunakan kapas baru.
    • Kemudian, bersihkan mata yang sakit sama seperti yang dilakukan pada mata yang sihat tadi. Ulang langkah 2 atau 3 kali.
    • Titiskan ubat mata setitik pada setiap mata.
    • Sapukan sedikit minyak baby oil ataupun minyak gamat pada mata haiwan untuk mengelakkan matanya kering dan pedih. Selalunya selepas kita mencuci mata, kawasan sekitar mata akan menjadi kering sedikit.
    • Ulang proses pembersihan ini 2 kali sehari selama 5 hari atau hingga sembuh.

    Insya ALLAH dalam masa 4 hingga 5 hari kita akan nampak perbezaan pada mata haiwan kita. Boleh juga gunakan ubatan atau pembersih mata yang dijual di kedai haiwan peliharaan kerana ia mempunyai antiseptic untuk membunuh kuman/bacteria penyebab sakit mata ini.

    Jangan risau, cara rawatan ini boleh diguna pakai untuk semua jenis haiwan tak kiralah anjing, kucing, arnab, guinea pig dan sebagainya.

    Wednesday, 30 November 2011

    ~website untuk penjaga kucing~

    khas buat si pembela kucing, ada satu website ni agak membantu jugakla dalam tips2 penjagaan kucing. tapi, dalam bahasa inggeris..agak bagus jugaklah sebab dia banyak bagi panduan penjagaan pemakanan, kesihatan, persekitaran dan macam2 lagi keperluan untuk kucing....boleh cuba join kalau mahu dan diorang akan sentiasa update kita melalui emel kalau ada post baru...

    websitenya :  www.petplace.com

    ~DIET PEMAKANAN UNTUK HAIWAN KECIL~


    Hay atau rumput kering merupakan makanan bagi haiwan kecil (arnab, guinea pig,chinchilla, etc). Adalah digalakkan memberi hay secara ad libitum (berterusan) sebagai makanan utama haiwan selain pellet (pellet diberi 1 atau 2 kali sehari sahaja). Ini kerana haiwan kecil gemar menggigit/makan sepanjang masa. Ini juga bertujuan menggelakkan haiwan dari menggigit peralatan atau sangkar tempat tinggalnya sendiri.

    Kini terdapat pelbagai jenis hay di pasaran seperti :
    • Alfalfa hay
    • Oat hay
    • Orchard hay
    • Timothy hay
    • Dan lain-lain

    Harus diingatkan bahawa alfalfa dan oat hay mempunyai kandungan protein yang tinggi.  Ianya sesuai dengan peringkat umur anak dan juga ibu bunting/menyusukan anak. Elakkan memberi hay ini kepada haiwan dewasa kerana ia akan mendatangkan masalah kesihatan dalam jangka masa panjang. Seperti yang diberitahu, ia mempunyai kandungan protein yang tinggi. Protein berlebihan ini akan dihantar ke buat pinggang untuk diproses sekaligus membebankan buah pinggang selepas satu jangka masa yang lama. Kesannya, haiwan akan mendapat masalah buah pinggang dan boleh membawa maut.

    Timothy hay merupakan rumput kering yang senang didapati. Boleh diberi kepada semua peringkat umur. Begitu juga dengan orchard hay dan lain-lain hay lagi. Bezanya cuma rasa dan bau sahaja.

    Kurangkan memberi haiwan kecil anda sayur segar terlalu banyak kerana sayur segar mempunyai kandungan air yang tinggi. Sekiranya dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan kembung perut dan juga masalah cirit-birit. Sesetengah haiwan kecil yang tidak mampu menanggung masalah ini boleh mati.

    Beri pellet/dedak pada haiwan peliharaan anda juga. Selalunya kandungan nutrisi/zat dalam pellet/dedak ini mencukupi/lengkap untuk kegunaan badan haiwan peliharaan kita yang mana tidak terdapat di dalam sayur segar ataupun hay. Contohnya protein, calcium dan lain-lain. Elakkan memberi terlalu banyak kerana sesetengah bahan dalam pellet/dedak boleh mendatangkan masalah kesihatan sekiranya diambil terlalu banyak.


    Friday, 25 November 2011

    ~petua hilangkan kurap~

    ni nk share sikit petua hilangkan kurap kat binatang kesayangan kita. bukan stakat kuceng, anjing, rabbit sahaja tp semua boleh pakai. lembu, kambing n so on pun boleh jugak.

    petua ni blajar masa prak kat MARDI kuching beberapa tahun yang lepas. n alhamdulillah telah pun dipraktikkan sejak2 itu n diturunkan pada penternak n pelanggan yang ada masalah kurap pada haiwan.

    petuanya, amek minyak dan sapu kat tempat jangkitan. tak kisahla minyak masah blom pakai, dah pakai, minyak hitam kereta ke. janji bukan minyak petrol/diesel ataupon minyak angin.. meraung pulak kawan tu nanti. kalau kes teruk ataupun melibatkan haiwan fizikal besar mcm kambing n lembu, bolehla campur sikit belerang (sulfur) dlam minyak tu..insya ALLAH lagi cepat. ulang lepas 2 3 ari. insya ALLAH dalam masa seminggu akan nampak perubahan kat tempat jangkitan. bulu2 baru pun akan nampak mula tumbuh.

    mula2 apply tu mmg kita rasa comot n pelik. tp kalau rajin, hasilnya mesti buat kita rasa teruja n paling penting. jimat duit~