Hay atau rumput kering merupakan makanan bagi haiwan kecil (arnab, guinea pig,chinchilla, etc). Adalah digalakkan memberi hay secara ad libitum (berterusan) sebagai makanan utama haiwan selain pellet (pellet diberi 1 atau 2 kali sehari sahaja). Ini kerana haiwan kecil gemar menggigit/makan sepanjang masa. Ini juga bertujuan menggelakkan haiwan dari menggigit peralatan atau sangkar tempat tinggalnya sendiri.
Kini terdapat pelbagai jenis hay di pasaran seperti :
- Alfalfa hay
- Oat hay
- Orchard hay
- Timothy hay
- Dan lain-lain
Harus diingatkan bahawa alfalfa dan oat hay mempunyai kandungan protein yang tinggi. Ianya sesuai dengan peringkat umur anak dan juga ibu bunting/menyusukan anak. Elakkan memberi hay ini kepada haiwan dewasa kerana ia akan mendatangkan masalah kesihatan dalam jangka masa panjang. Seperti yang diberitahu, ia mempunyai kandungan protein yang tinggi. Protein berlebihan ini akan dihantar ke buat pinggang untuk diproses sekaligus membebankan buah pinggang selepas satu jangka masa yang lama. Kesannya, haiwan akan mendapat masalah buah pinggang dan boleh membawa maut.
Timothy hay merupakan rumput kering yang senang didapati. Boleh diberi kepada semua peringkat umur. Begitu juga dengan orchard hay dan lain-lain hay lagi. Bezanya cuma rasa dan bau sahaja.
Kurangkan memberi haiwan kecil anda sayur segar terlalu banyak kerana sayur segar mempunyai kandungan air yang tinggi. Sekiranya dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan kembung perut dan juga masalah cirit-birit. Sesetengah haiwan kecil yang tidak mampu menanggung masalah ini boleh mati.
Beri pellet/dedak pada haiwan peliharaan anda juga. Selalunya kandungan nutrisi/zat dalam pellet/dedak ini mencukupi/lengkap untuk kegunaan badan haiwan peliharaan kita yang mana tidak terdapat di dalam sayur segar ataupun hay. Contohnya protein, calcium dan lain-lain. Elakkan memberi terlalu banyak kerana sesetengah bahan dalam pellet/dedak boleh mendatangkan masalah kesihatan sekiranya diambil terlalu banyak.